Pada 19 September 2011 yang lepas, saya telah memenangi Kategori Pemimpin Lelaki dalam Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dimana majlis penyampaiannya telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Bukit Kiara, Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Borhan Bin Dolah, Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Pencalonan saya telah dibuat dibawah Kelab Gim Rakyat Bukit Kiara, dimana sejak tahun 2010 saya berkhidmat sebagai Pengerusi kelab ini. Pada masa yang sama, saya mengharapkan ramai lagi ahli jawatankuasa kelab ini akan dapat dicalonkan dalam kategori-kategori seperti Pemimpin Lelaki, Pemimpin Perempuan, Penggerak & Sukarelawan serta Keluarga Aktif dan bagi Kelab Gim Rakyat Bukit Kiara pula dibawah kategori Persatuan untuk Anugerah Sukan Untuk Semua 2012 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Harap maklum.

Saya menerima satu Sijil Penganugerahan, trofi dan cek pemenang...
bersama pemenang tempat ke2 Kategori Persatuan |